“Rasa macam bodoh-bodoh sikit” – Alami Brain Fog Lepas Covid-19, Doktor Beri Tips Untuk Pulih

Health & Fitness
30 Mar 2022 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi korang yang pernah terkena jangkitan Covid-19, pasti ada beberapa simptom atau kesan yang masih korang rasai hingga sekarang sehingga menyukarkan kehidupan seharian kan?

Antaranya simptom ‘Long Covid’ macam cepat penat, nafas putus-putus dan badan rasa tak bertenaga.

image is not available

Malah ada juga di antara mereka alami ‘brain fog’ iaitu situasi di mana seseorang itu kadangkala tidak dapat tumpukan perhatian bila lakukan sebarang tugas. Macam blur-blur gitulah kata orang.

 

Bodo-bodo lepas covid? Ada cara untuk pulih…

Menerusi perkongsian Dr Hadi Othman di TikTok, dia mempunyai cara atau solusi untuk mereka yang mengalami brain fog iaitu keradangan yang berlaku di dalam otak ini kembali normal seperti biasa.

Menurutnya kesan ini boleh diatasi atau pulih jika korang mengamalkan beberapa tips seperti di bawah:

1. Exercise

Lakukan exercise boleh tingkatkan pernafasan yang mana oksigen yang diambil dengan lebih banyak itu boleh membantu untuk memulihkan keradangan dan fungsi-fungsi di dalam otak seperti sediakala.

image is not available

2. Pemakanan yang sihat

Pengambilan sayur-sayuran, minyak zaitun, kekacang dan buah-buahan.

3. Jauhi arak dan dadah

4. Tidur yang cukup

Dengan tidur yang cukup, otak dan tubuh badan akan mengeluarkan sisa-sisa toksik dalam badan.

image is not available

5. Program kemasyarakatan

Rajinkan diri join program kemasyarakatan supaya lebih banyak stimulate otak berfikir lebih kritis dan kreatif.

6. Muzik meditasi

Boleh dengar muzik yang kita suka dan bagi orang Islam boleh mendengar alunan Al-Quran atau baca Al-Quran. Kajian juga mengatakan mereka yang baca Al-Quran atau hafal Al-Quran ada ingatan yang kuat.

Jom amalkan ye bagi mereka yang terkesan dengan after effect Covid-19 ni!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.