Lelaki Maut, Rempuh Pembahagi Jalan

16 Mar 2022 • 8:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keadaan kereta mangsa selepas kejadian kemalangan merempuh pembahagi jalan di Jalan Tun Mustapha, tengah malam tadi.

LABUAN - Seorang lelaki maut akibat merempuh pembahagi jalan di Jalan Tun Mustapha berdekatan lampu isyarat Wisma Wo Lo, di sini, tengah malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, mangsa yang dikenali Mohd Azrull Subuh, 30, sedang memandu kereta jenis Toyota Corolla dari arah bandar ke Pohon Batu sewaktu kejadian.

Difahamkan mangsa sedang menuju ke kediamannya di Kampung Lubuk Temiang.

“Kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas disebabkan cuaca hujan dan kemudiannya melanggar simen pembahagi jalan,” katanya hari ini. 

Ahmad berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Labuan oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved