Proses ketum dalam bengkel cat motosikal

18 Mar 2022 • 6:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LANGAT - Aktiviti mencurigakan di sebuah bengkel cat motosikal di kawasan Kebun Baru, Telok Panglima Garang di sini terbongkar apabila serbuan polis mendapati bengkel berkenaan dijadikan lokasi memproses ketum pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, serbuan kira-kira jam 10.15 malam itu dijalankan sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Telok Panglima Garang.

"Empat lelaki tempatan berumur antara 21 tahun hingga 31 tahun yang sedang leka memproses air ketum di dalam bengkel tersebut diberkas.

"Polis turut menemui serta merampas beberapa peralatan dan perkakasan yang dipercayai untuk memproses ketum.

"Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM770," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan awal dijalankan mendapati sebungkus air ketum dijual dengan harga RM18 manakala bagi sebotol air ketum 1.5 liter berharga RM25.

"Hasil semakan mendapati keempat- empat suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah.

"Kesemua suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved