Kacau ‘Latte Art’ Ketika Kawan Ambil Gambar Kopi, Tindakan Lelaki Ini Undang Kritikan

Entertainment
13 Mar 2022 • 11:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat penggemar kopi, pasti anda sudah dengar akan perkataan latte art. Latte art adalah hiasan yang kebiasaannya ada pada kopi sebagai tarikan untuk pelanggan.

Kacau kopi kawan

Baru-baru ini, seorang lelaki ada berkongsikan sebuah video dia dan rakannya sedang minum di sebuah restoran. Menerusi video tersebut, terlihat rakannya sedang mengambil gambar kopi yang mengandungi latte art di atas meja.

Sejurus itu, lelaki ini terus mengambil sudu teh dan mengacau kopi tersebut, sekaligus menghancurkan latte art yang ada pada kopi tersebut.

image is not available

Turut kelihatan wajah rakannya yang sedikit terkejut melihatkan tindakan lelaki ini yang menghancurkan latte art itu.

image is not available

Tular dan ramai persoal kenapa?

Video ini ternyata tular di TikTok dan Twitter, di mana rata-rata warganet dilihat kurang bersetuju dengan tindakan lelaki ini dan menganggap ia adalah satu tindakan yang biadab.

“Tak kelakar langsung. Kawan yang sebenar tidak akan buat kelakuan seperti kanak-kanak ini”, komen seorang warganet.

image is not available

Mengaku dah rancang

Bagaimanapun, lelaki yang mengacau latte art tersebut ada menerangkan situasi sebenar di ruangan komen video itu di TikTok.

Jelas individu ini, tindakannya mengacau kopi rakannya itu sudah dirancang di antara mereka berdua dan itu hanyalah gurauan semata-mata.

“Santai geng kami dah rancang korang yg lalai”, tulis lelaki itu.

Kalau tak sempat ambil gambar latter art tu, boleh murung seminggu!

Kredit: amirsyahmi10

image is not available

Sumber: amirsyahmi10 Sumber: amirsyahmi10 Sumber: amirsyahmi10

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.