(VIDEO) “Tumpang Buat Cara Tumpang” – Peniaga Tepi Jalan Simen Kawasan Awam Undang Kecaman Netizen

24 Mar 2022 • 2:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Saffee Rahim yang berkongsi rasa kecewa kerana ada yang dengki dengannya apabila dia melakukan penambahbaikan di tapak perniagaannya.

Menerusi video tersebut, dia dan beberapa rakannya dilihat melakukan kerja-kerja menyimen tapak perniagaan mereka.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 49.4K tanda suka, 3.8K komen di laman TikTok miliknya.

image is not available

Kadang-kadang aku tak faham kenapa manusia ni ada hati yang busuk. Tak boleh tengok orang upgrade sikit. Laju je buat complain. Aku just nak berniaga! Tak kacau orang pun! Kenapa nak dengki?

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut tidak mendapat respon yang baik daripada rata-rata orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakannya menyimen kawasan awam yang tidak boleh diubah suai sesuka hati.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

“Bawa Makanan Bukan Sampah” - Lelaki Tegur Beg Berdaki, Sekali Abang ‘Rider’ Bersuara...