“Laju buat kerja” – [VIDEO] Netizen Terbahak Tengok Tiktokers Ni Buat Parodi Lagu Baru DSV

Entertainment
22 Mar 2022 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang ramai sedia maklum, baru-baru ini Dato’ Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV telah mengeluarkan single terbaru berjudul ‘Ku Ikhlaskan’ pada awal pagi semalam (21 Mac).

Lagu yang menjadi buah mulut orang ramai ini juga telah mendapat lebih daripada 1 juta views dalam masa 24 jam ia dimuatnaik di YouTube. Wow hebatnya kamu!

Disebabkan lagu ini telah mendapat perhatian orang ramai, ada juga netizen yang telah memuatnaik beberapa video dengan berhashtagkan #kuikhlaskandsvchallenge dan DSV sendiri telah kongsikan klip tersebut di Instagramnya @datoserivida.

Paling mendapat perhatian, video yang diparodikan oleh Hadrey Ali yang memang terkenal dengan video parodinya di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram @datoserivida, rata-rata netizen terhibur dengan video parodi tersebut kerana tak dapat dinafikan memang seakan-akan sama dengan outfit sebenar DSV.

Sebijik weh!

“Bukti ramai peminat tu DS Vida. Fikir yg baik2 shj…image is not availableimage is not availableimage is not available” – Komen netizen

image is not available

Kalau korang tengok video tersebut, Hadrey Ali ini siap tiru ekspresi muka DSV lagi. Dengan min pun ikut terhibur sekali.

Bukan tu je tapi ada juga netizen yang mencadangkan agar DSV buat persembahan di Big Stage pada minggu ini kerana ingin menyaksikan nyanyian secara live.

Min pun cukup terhibur pastu berdekah-dekah tengok telatah TikTokers ni. Tak sabar pulak min nak tengok korang yang lain cuba challenge ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.