Kerajaan Tambah Baik Cuti Kuarantin, Mudahkan Urusan Jaga Anak

8 Mar 2022 • 2:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bermula 4 Mac ini, kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan cuti kuarantin kepada penyakit-penyakit berjangkit lain yang memerlukan kuarantin atau pengasingan.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, sebelum ini cuti kuarantin hanya boleh digunakan bagi enam jenis penyakit iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut, denggi dan demam denggi berdarah, Campak, Chickenpox, Difteria dan Malaria.

Katanya, kerajaan telah menambah baik cuti kuarantin dengan memasukkan “lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta” ke dalam senarai penyakit.

Selain itu juga, nama Kemudahan Cuti Kuarantin juga turut ditukar kepada ‘Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan’.

Kadar tempoh cuti atau bilangan hari cuti dikekalkan maksimum lima hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta.

“Bilangan hari cuti juga mengikut mana yang lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.”

Dengan penambahbaikan ini, penjawat awam yang anaknya disahkan positif Covid-19 dan mendapat perakuan kuarantin boleh menggunakan kemudahan cuti ini.

Panduan tambah baik kemudahan cuti ini turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.”

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.