“Jangan Arwahkan Mak Sendiri” – Kes Pensyarah Hina Pelajar, Pelajar Didakwa Masih Ada Ibu?

31 Mar 2022 • 1:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang memperlekehkan pelajar B40 kerana tidak memiliki komputer riba telah mengundang kecaman netizen.

Namun, semakin ramai individu yang tampil memberi penjelasan berkaitan pendedahan cerita sebenar yang mula terbongkar sedikit demi sedikit.

Menurut satu hantaran di laman Facebook oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dato Rusly Abdollah, pensyarah berkenaan telah mengusahakan untuk mendapatkan laptop untuk pelajar tersebut.

Selain itu, menerusi satu ciapan oleh seorang pengguna Twitter yang tular telah mendedahkan mengenai ibu kepada pelajar tersebut didakwa masih hidup.

Mak budak tu hidup lagi. Kesian, dia matikan mak dia sendiri eh, cakap “mak dah takde”

Malah, beberapa kenyataan rasmi dan kenyataan laporan dalaman pihak unniversiti turut mendedahkan bahawa ibu pelajar tersebut merupakan seorang Operator Pengeluaran Kilang.

image is not available

Difahamkan, pelajar tersebut juga sebenarnya mempunyai laptop namun terlupa untuk membawa ke kampus pada hari kejadian dan menggunakan telefon bimbit bagi turut menghadiri kelas online tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Semua Nak Letak Kat 'Socmed'" - Isu Pensyarah Hina B40, Nurul Zahid Sokong Tindakan Pensyarah