“Ibu masih hidup?” – Kronologi Isu Pensyarah Hina Pelajar Didedahkan?

Entertainment
31 Mar 2022 • 4:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam isu pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan menghina pelajar yang ketiadaan laptop menjadi topik bualan hangat di kalangan netizen.

Disebabkan itu, pihak Univesiti Teknologi MARA telah mendedahkan kronologi selepas membuat siasatan atas perkara tersebut untuk mendedahkan perkara sebenar.

Dalam kenyataan tersebut, pihak UiTM menjelaskan bahawa mereka telah menemubual beberapa orang pelajar untuk mengesahkan kesahihan video tersebut.

“Kumpulan pelajar ini mengesahkan bahawa video ini berlaku semasa kuliah minggu ke-8 pada Semester Oktober 2021-Februari 2022 bagi subjek BCT633 (Construction Economic and Islamic Finance) yang diajar oleh Prof Ts Dr **** .”

image is not available

 

image is not available

 

Menerusi kenyataan itu, difahamkan ibu pelajar tersebut masih hidup dan bekerja sebagai Operator Pengeluaran Kilang. Manakala, bapanya pula tidak bekerja tetapi tidak dinyatakan atas sebab apa.

Selain itu, turut dinyatakan bahawa video itu bukan direkod dan ditularkan oleh pelajar itu sebaliknya ia telah dirakam dan dikongsikan oleh pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial.

“Video ini bukan direkod dan ditularkan oleh pelajar ini sebaliknya telah dirakam dan dikongsikan oleh pihak lain sehingga menjadi tular. Pelajar tidak bersetuju sama sekali tujuan video ini ditularkan.

Mengikut rekod, pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat, namun begitu beliau memperolehi pinjaman PTPTN.”

Kenyataan itu juga memberitahu apa sahaja keputusan dan tindakan UiTM yang akan dikenakan kepada pelajar dan pensyarah tersebut adalah bergantung kepada nasihat Kemterian Pengajian Tinggi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.