“Tandas kotor boleh rosakkan pelajar” – Pensyarah Minta Trend ‘Toilet’ Asing Guru & Pelajar Dihentikan Raih Perhatian Netizen

Entertainment
30 Mar 2022 • 12:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya isu tandas kotor di sesebuah sekolah ni bukanlah satu perkara yang baru malah sejak dari dulu lagi ianya sering menjadi topik perbualan netizen sehingga ke hari ini…

Namun, pengasingan tandas bagi guru dan pelajar kembali menjadi perbualan hangat kerana dikatakan penjagaan kebersihannya juga dibezakan apabila tidak diberi perhatian oleh sesetengah pihak terutamanya bagi tandas pelajar.

Menerut satu perkongsian tweet yang dibuat oleh seorang pensyarah di akaun Twitter miliknya @sitiraudzah, meluahkan pendapat sendiri tentang ‘trend’ yang telah lama menjadi kebiasaan di setiap sekolah di negara kita.

Ujar pensyarah ini lagi, dia mengharapkan penglibatan dari pihak atasan untuk tidak lagi mengasingkan tandas sekolah kerana perancangan yang teliti dapat membantu agar isu tersebut dapat diselesaikan.

image is not available

“Kena ada perancangan bersepadu juga sebenarnya. Saya tahu ada guru yg tak setuju bercampur sebab ada sesetengah tandas sekolah.” – Tambah pensyarah itu

“Dulu sorok2 gi tandas cikgu…”

Disebabkan tweet yang dibuat itu, ianya telah mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain kerana rata-rata bersetuju dan tak kurang juga yang berikan pendapat sebaliknya. Siap ada yang throwback zaman belajar dulu haa…

image is not available

Ramai juga yang menegaskan bahawa kebersihan tandas pelajar sangat penting kerana keadaan sekeliling di kawasan sekolah juga boleh memberikan kesan kepada kelakuan dan juga tahap fokus pelajar.

Min terus teringat toilet kat sekolah dulu, nasib baik selalu juga buat gotong-royong… Hehehe…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.