“Tak Rasa Apa Langsung!” – Berkotak Kotak Netizen Ambil, Rupanya Susu Nilofa Dah Nak ‘Expired’?

Food
4 Mar 2022 • 10:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah sedia maklum satu Malaysia amat mengenali selebriti yang bernama Neelofa, dia bukan saja pakar dalam bidang hiburan, malah turut mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang perniagaan.

Salah satu perniagaannya yang dikenali ramai adalah Nilofa iaitu produk yang menjual susu minuman yang mula dikenali sekitar tahun 2019.

Terdapat beberapa perisa yang dikeluarkan oleh beliau seperti pisang, durian, kurma dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di media sosial memaparkan beberapa buah kereta sedang beratur panjang di gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang dan difahamkan, sesiapa saja boleh mengambil susu berperisa durian secara percuma.

Namun, apabila meninjau di setiap ruangan komen hantaran yang memaparkan video terbabit, ada yang memberitahu sebab susu tersebut dibenarkan untuk ambil secara percuma berkotak-kotak kerana sudah menghampiri tarikh luputnya.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang memberitahu susu terbabit boleh didapati secara atas talian dan hanya perlu membayar caj penghantaran sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Info Tak Tepat.." Ketua Imigresen Malaysia Tegur Harith Iskander Isu Lawak '2 Kaunter Buka' Di KLIA