“Benda free ambillah” – Bagi Susu Nilofa Free Berkotak-kotak, Netizen Tuduh Susu Dah Nak Expired?

Entertainment
3 Mar 2022 • 6:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan pengacara Neelofa bukan sahaja berbakat di hadapan kamera, dia juga sangat aktif dalam bidang perniagaan. Nilofa merupakan salah satu perniagaannya yang menjual produk susu minuman yang sudah ada di pasaran sejak tahun 2019.

Rangkaian produk susu minuman itu bermula dengan susu berperisa pisang dan kemudiannya beberapa perisa lain seperti durian dan kurma dilancarkan.

Kecoh di laman TikTok hari ini apabila kelihatan kereta beratur panjang di gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang.

1 karton? 3 karton? 10 karton! Boleh, datang je ke Warehouse Nilofa!

Rupanya, terdapat pemberian susu berperisa durian secara percuma dan sesiapa sahaja boleh mengambilnya. Pihak Nilofa Group juga ada memberitahu, pemberian itu diadakan sepanjang bulan Mac ini.

Bagaimana pun, dalam video TikTok tersebut, ada yang mengatakan sebab susu itu diberikan secara percuma adalah kerana ia menghampiri tarikh luput.

image is not available

Ada juga yang menyatakan sebab tarikh luput itu dekat untuk mengelakkan mereka yang ingin menjual semula susu durian tersebut dan ia diberikan hanya untuk diminum sendiri sahaja.

Selain itu, di dalam ruangan komen juga ada yang memberitahu susu itu juga boleh didapatkan secara online dan orang ramai hanya perlu membayar caj penghantaran sahaja.

Jika merujuk kepada laman Instagram rasmi Nilofa Group, program tersebut diadakan untuk memupuk semangat infaq dalam masyarakat kita.

Siapa area Klang tu, boleh lah pergi ambil ok!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article