Seluruh England: Pengalaman padu pisahkan Axelsen, Sen

21 Mar 2022 • 7:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JUARA Olimpik dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen mengunakan sepenuh pengalaman untuk menjulang kejuaraan kedua Seluruh England apabila melakar kemenangan dominan 21-10, 21-15 ke atas Lakshya Sen dari India dalam perlawanan akhir di Arena Utilita, Birmingham pada Isnin.

Biarpun pada mulanya pemain Denmark itu kurang berpuas hati apabila hanya memiliki tujuh jam lebih untuk recovery berbanding Sen menjelang perlawanan akhir tersebut.

Namun keletihan lebih terarah kepada Sen yang berusia 20 tahun selepas melakar kemenangan maraton separuh akhir ke atas Lee Zii Jia di separuh akhir sebelum itu apabila Axelsen merangkul kejuaraan dalam masa 53 minit tanpa kehilangan satu set.

"Saya sangat gembira. Apabila saya mula bermain badminton, saya tidak pernah bermimpi memenangi dua gelaran Seluruh England.

"Saya akui masih mempunyai banyak lagi tahun untuk mencipta keputusan lebih baik selepas ini," ujar Axelsen.

Untuk rekod, Axelsen yang mara ke pentas perlawanan akhir kali pertama di edisi 2019 (tewas kepada Kento Momota - 21-11, 15-21, 21-15) menjuarai edisi 2020 selepas mengatasi pemain Taiwan, Chou Tien-Chen 21-13, 21-14.

Pada edisi 2021, Axelsen berstatus penyandang juara mara sekali lagi ke perlawanan akhir, namun terpaksa akur kelincahan pemain sensasi negara, Lee Zii Jia apabila tewas 30-29, 20-22, 21-9.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved