Kes Kanak-kanak Meningkat, KKM Gesa Ibu Bapa Vaksinkan Anak Sebelum 1 April

LocalFamily & Parenting
29 Mar 2022 • 3:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Macam yang korang tahu bermula 1 April ini, kerajaan akan mula membenarkan banyak aktiviti dibuka dan beberapa SOP dilonggarkan sebagai fasa “Peralihan ke Endemik”.

Disebabkan ini, sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyeru ibu bapa supaya membawa anak-anak yang berusia 5-12 tahun untuk divaksinkan lebih-lebih lagi selepas terdapat peningkatan sebanyak 160% kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan ini pada tahun 2022.

Bagi memastikan kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun mendapat perlindungan dari jangkitan teruk Covid-19 dan komplikasinya, KKM mengesyorkan supaya mereka mendapatkan vaksin dengan kadar yang segera.”

Selain itu, KKM mengatakan bahawa ibu bapa yang membawa anak ke pusat pemberian vaksin pada hari bekerja juga turut akan diberikan surat pengesahan kehadiran (time slip) yang membuktikan bahawa mereka membawa anak untuk divaksinasi.

KKM berharap majikan-majikan sektor kerajaan dan swasta memberi kerjasama dalam membenarkan ibu bapa membawa anak-anak untuk vaksinasi.”

KKM turut meminta agar ibu bapa mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan janji temu untuk membawa anak-anak menerima vaksin atau boleh walk in di mana-mana PPV yang telah disenaraikan sebelum ini.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.