“Bumi tu tetap, dia tak bergerak”- Statement UKE Mengenai Peredaran Bumi Buat Ramai Terkejut

Entertainment
30 Mar 2022 • 12:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semenjak dua menjak ni, terlalu banyak konspirasi dan teori yang kita dengar kan? Lebih-lebih berkenaan teori ‘flat earth’, betul tak?

Macam-macam hujah dan penjelasan yang dikeluarkan oleh para pengikut fahaman ni demi nak meyakinkan orang ramai tentang konspirasi mereka. Kalau korang nak tengok atau nak tahu tentang konspirasi dan teori ini, cari je dekat internet dah banyak dah. Antara korang nak percaya atau tak je.

Bercerita tentang isu teori dan konspirasi ini, satu kenyataan berkenaan isu peredaran bumi telah dibuat oleh seorang pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Kazim Elias dalam satu ceramahnya. Pun begitu, kenyataan yang diberikannya itu telah menyebabkan ramai terkejut dan speechless!

“Dalam al-quran menceritakan bahawa bumi itu tetap, dia tak bergerak. Yang bergeraknya adalah matahari dan bulan,” jelas UKE.

Kenyataannya yang mendakwa bumi itu tetap, telah mencetuskan banyak perdebatan antara netizen. Ada yang memilih untuk bersifat husnudzon dengan apa yang didakwa UKE itu kerana mereka menganggap setiap ulama atau ahli bijak pandai pastinya mempunyai pendapat dan hujah masing-masing.

image is not available

 

Pun begitu, ada juga yang terkejut dan speechless kerana kenyataan tersebut dikatakan sangat bercanggah dengan apa yang pernah dipelajari dalam ilmu sains semasa sekolah dulu.

image is not available

Apa pendapat korang mengenai isu ini?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.