Netizen Puji Konvoi Diraja Buka Laluan & Iringi Ambulans Dalam Kecemasan [Video]

11 Mar 2022 • 8:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial satu perkongsian yang dilakukan aktivis terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang.

Menerusi perkongsian tersebut, Uncle Kentang memuji tiga anggota polis trafik yang sudi mengiringi ambulans milik badan kebajikannya yang sedang dalam kecemasan untuk ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Namun apa yang mencuri tumpuan ialah kenyataan beliau yang memaklumkan ketiga-tiga anggota trafik ini sebenarnya dalam tugasan mengiringi konvoi diraja namun membuat keputusan segera dengan mengiringi ambulan mereka.

Polis trafik minta ambulan untuk ikut

Menurut Uncle Kentang, pada mulanya kenderaan ambulan itu sudah menghimpit ke kiri jalan untuk memberi laluan konvoi tersebut. Namun salah seorang daripada polis trafik tersebut menghampiri mereka dan meminta pemandu ambulan bergerak ke hadapan dan mengikuti dua lagi polis trafik.

“Terharu dengan usaha baik ini”

image is not available

Tambahnya lagi, tiga outriders motor besar trafik itu dengan cekapnya telah memperlahankan kenderaan lain serta memberi laluan kepada ambulan.

“Kami terharu dengan usaha baik ini. Motorcade tersebut tidak melengahkan pergerakan ambulan malah memudahkan ia bergerak dengan lancar semasa kesibukan kesesakan lalu lintas di pagi hari,” tulis Uncle Kentang di laman Facebook.

Konvoi DYMM Sultan Kedah

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook rasmi Polis Kuala Lumpur, ketiga-tiga mereka adalah anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dan rombongan yang diiringi mereka adalah rombongan DYMM Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

image is not available

Daulat Tuanku, semoga kalian semua dalam rahmat Allah

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh pihak polis trafik itu dan mereka juga turut menitipkan doa agar semua pihak yang terlibat dalam usaha baik ini dirahmati.

image is not available

Wah! clear dua laluan untuk ambulan

image is not available