Ciri Mengesan Penjejak Objek Terbina Pada Android Sedang Dibangunkan

TechnologyDigital
30 Mar 2022 • 1:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
AirTag iPhone

Penjejak objek menjadi semakin popular selepas Apple AirTag dan Samsung SmartTag dilancarkan. Dalam kedua-dua situasi, aplikasi berasingan digunakan untuk pengguna mengesan lokasi penjejak objek yang dimiliki. Menurut laporan 9to5Google, Google kini sedang membangunkan ciri penjejakan objek terus ke dalam Android.

image is not available

Ciri penjejakan ini ditemukan pada kod terkini Play Services. Apabila terbina secara terus, pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan untuk mengesan kewujudan penjejak objek berhampiran mereka. Ini adalah penting kerana penjejak objek seperti AirTag telah digunakan untuk kegiatan merompak dan penguntitan sehingga Apple terpaksa menawarkan aplikasi Tracker Detect kepada pemilik Android untuk menyelesaikan isu ini.