Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Atas Dakwaan Kerajaan Jual MySejahtera Kepada Syarikat Swasta

27 Mar 2022 • 6:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mysejahtera

Baru-baru ini timbul pula satu lagi spekulasi baru ke atas kerajaan apabila dikatakan telah menjual aplikasi MySejahtera yang menyimpan maklumat seluruh rakyat Malaysia kepada syarikat swasta.

Bagi menjelaskan dakwaan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan aplikasi itu adalah dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Ia pula diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pemilik utama termasuk semua data rakyat.

Kerahsiaan data adalah terjamin!

KJ juga menjelaskan dalam satu kenyataan media yang kerajaan tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada syarikat KPISOFT (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini telah membangunkan aplikasi MySejahtera sepanjang tempoh penggunaan dari 27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021.

Sejak ia dilancarkan, penggunaan aplikasi MySejahtera adalah melalui pendekatan “perisian sebagai platform perkhidmatan” (software as a service -SaaS).

Pendekatan ini membantu kerajaan mengurangkan masa kitaran (turnaround time) yang diperlukan untuk membangunkan perisian baharu susulan keperluan satu sistem khusus untuk menguruskan pandemik COVID-19.

Berikut adalah kenyataan media penuh dari KJ yang dikongsikan di Twitter:

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.