
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menyatakan yang mana aplikasi MySejahtera tidak pernah dijual kerajaan kepada mana-mana pihak swasta, dan ia adalah hak milik kerajaan. KKM dilantik sebagai pemilik utama aplikasi ini, dalam menguruskan kesihatan awam negara.
Disamping itu, KKM turut menegaskan data MySejahtera adalah dibawah seliaan kementerian sejak ia mula digunakan. Data MySejahtera turut tidak boleh dikongsi oleh KKM dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

KKM turut menekankan yang mana data orang ramai adalah terjamin dan KK akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi. Perkongsian ini dilakukan oleh KKM, selari dengan laporan baharu mengatakan aplikasi MySejahtera dijual kepada syarikat swasta.
Apa pun, KKM mengatakan mereka telah melaksanakan rundingan harga perolehan dan pengurusan perkhidmatan aplikasi MySejahtera untuk tempoh 2 tahun – merangkumi pengoperasian platform MySejahtera, pembangunan sistem termasuk modul tambahan, penyelenggaraan, pengurusa pusat data, da beberapa yang lain. Proses rundingan ini dikatakan telah dimulakan oleh KKM, dan akan memastikan pelbagai semakan dilakukan bagi memelihara kepentingan kerajaan.
MySejahtera pada hari ini mempunyai sekitar 38 juta pengguna berdaftar, dan digunakan sebagai aplikasi utama dalam tujuan pengesahan sijil vaskin Covid-19, dan daftar masuk lokasi di seluruh negara.
MySejahtera dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan dengan KKM sebagai pemilik utama termasuk semua data yang diterima MySj. Kerahsiaan data adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi. pic.twitter.com/DcRCID0vXb
(@Khairykj) March 27, 2022

