“Comel bona!” – Gelagat Nyonya Ini Berborak Loghat ‘Nismilan’ Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
4 Mar 2022 • 1:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi rakyat Malaysia sememangnya sangat bertuah kerana kita dapat mempelajari pelbagai jenis budaya dan cara hidup kaum lain.

Selain itu, perbezaan bahasa dan loghat juga menjadi salah satu keunikkan yang ada dalam negara Malaysia.

Baru-baru ini, sebuah video TikTok yang dikongsi oleh @kak.mazz menarik perhatian netizen apabila seorang nyonya bercakap dalam loghat Negeri Sembilan dengan sangat lancar!

Difahamkan, nyonya tersebut memanggil jirannya Kak Mazz, untuk memberikan angpow kepada anaknya, Muhammad.

Dalam video itu, Kak Maz memberitahu yang nyonya itu merupakan jirannya dan dia bukanlah orang asal Negeri Sembilan tetapi sejak dia berkahwin, dia telah tinggal di situ. Disebabkan itu, loghat ‘nismilan’ nyonya itu sangat power!

Dalam video yang lain, nyonya tersebut memberitahu usianya sudah mencecah 85 tahun, Kak Mazz juga memberitahu dalam video tersebut mereka sudah lama berjiran dan mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat sehinggakan menganggap nyonya itu sebagai saudara.

“Baiknya Aunty!”

Sudah pastinya, video tersebut mendapat perhatian netizen. Ramai yang terharu dengan kebaikan nyonya tersebut dan ada juga yang kagum dengan semangat perpaduan antara kedua-dua jiran itu.

image is not available

Comel betul kan?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article