Disangka Terima Emel ‘Spam’, Wanita Ini Terkejut Rupanya Memang Menang Loteri RM13.8 Juta

Entertainment
19 Mar 2022 • 10:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa sangka emel ‘spam’ yang diterima sebenarnya emel sebenar dan bagi kita hadiah yang tak disangka-sangka.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita berusia 55 tahun dari Michigan, Amerika Syarikat. Laura Spears tanpa sedar telah memenangi wang loteri berjumlah £2,500,000 (kira-kira RM13,800,000) selepas beliau memeriksa folder spam dalam emel miliknya.

image is not available

Spears telah berjaya meneka nombor 5 digit untuk memenangi sejumlah wang bernilai £740,000 dan diganda tiga hanya kerana beliau telah membayar gandaan ‘Megaplier’.

Bercakap kepada sumber dari Sky News, Spears telah melihat satu iklan di Facebook berkenaan loteri atas talian dan merasakan beliau perlu meneka nombor dan membeli tiket loteri. Beberapa hari kemudian ketika beliau mencari emel dari seseorang dalam folder spam, nombor yang diteka beliau telah memenangi hadiah. image is not available

Pada mulanya Spears seakan tidak mempercayai apa yang dibacanya, kemudian beliau terus masuk ke laman loteri atas talian tersebut dan terkejut melihat yang beliau telah memenangi sejumlah wang yang sangat besar.

image is not available

Pada pertengahan bulan Januari lalu, Spears telah ke pejabat loteri untuk menuntut wang yang telah dimenangi beliau.

Spears berhasrat untuk bersara awal dengan duit loteri itu dan berkongsi sebahagian dari hasilnya kepada kaum keluarganya.

Sumber: Sky News

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article