
Pada Belanjawan 2022 lepas, kerajaan telah mengumumkan pemberian tablet percuma kepada setiap pelajar B40 di IPT seluruh negara dibawah inisiatif dinamakan Peranti Siswa.
Kini, berkongsi lanjut, kerajaan mengatakan tablet percuma ini boleh dipohon bermula daripada pertengahan April 2022 ini. Tablet berkenaan dijangka disediakan dan diberikan kepada para pelajar bermula Jun 2022 kelak.

Tablet percuma ini akan ditawarkan untuk semua pelajar sepenuh masa dari keluarga B40, dan ia di kira memberikan manfaaat kepada 600,000 orang pelajar.
Kerajaan peruntukkan sekitar RM450 juta, iaitu sekitar RM750 untuk setiap seorang. Syarikat telekomunikasi turut dijangka terlibat dengan penawaran pakej Peranti Siswa ii, termasuk Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan juga YTL.
Siswa siswi dari keluarga miskin dan B40 yg mengikuti kursus diploma dan ijazah di IPTA dan IPTS,yg memerlukan peranti utk pembelajaran ,boleh memohon peranti di bawah PERSIS(Program Peranti Siswa-KKMM) mulai pertengahan April ini.Peranti akan di sediakan mulai JUN 2022. pic.twitter.com/jCdx75tQEA

