
Nama penyanyi, Shila Amzah terus menjadi bualan hangat selepas dia mengumumkan cerai Februari lalu. Malah kemenangannya pada Anugerah Juara Lagu ke-36 baru-baru ini menimbulkan usikan manja para peminat yang mahu dia kembali bersama bekas kekasih.
Terbaru, penyanyi ini menerusi hantaran di Instagram memohon dirinya diberikan ruang. Dia adalah baik-baik sahaja tetapi selepas bercerai dia hanya mahu fokus kepada diri sendiri.
Tambahan pula, dia masih lagi berada dalam tempoh idah. Sebagai seorang wanita, penyanyi ini berkata dia sangat bersyukur dengan segala doa-doa baik yang ditinggalkan peminat tetapi dia masih belum bersedia untuk memulai apa pun dengan sesiapa pun.
Katanya lagi, hatinya belum sembuh dan dia hanya mahu fokus kepada anak tunggalnya, Seth.
Kredit: Instagram Shila Amzah
The post “Please Bagi Sha Ruang, Lepas Cerai Iddah Pun Belum Habis Lagi” appeared first on Oh! Media.

