“Panggil my family b*rua” – Adik Ungkit Balik ‘Kisah Hitam’ Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad?

Entertainment
11 Mar 2022 • 1:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Shila Amzah sejak akhir-akhir ini sering disebut oleh netizen selepas dia berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu baru-baru ini selepas berkolaborasi dengan kumpulan indie SOG.

Perkara ini turut disenangi oleh bekas teman lelaki Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad bila pelakon ini tak malu-malu menunjukkan kegembiraannya dengan kemenangan tersebut sehinggakan netizen yang mendoakan agar mereka kembali bersama selepas kedua-duanya kini single.

Malah menerusi temubual bersama Utusan, Sharnaaz akui yang dia ada berbalas mesej dengan bekas kekasihnya itu lebih-lebih lagi apabila Shila kini sedang menjalani proses penceraian.

image is not available

Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.

Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa?”

“Panggil my family b*rua”

Selepas kenyataan ini dikeluarkan, adik Shila Amzah, Syada Amzah ada memuat naik satu ciapan di Twitter mengatakan yang dia tak akan memaafkan orang yang pernah menghina keluarganya dengan kata-kata yang kurang sedang didengar.

Menerusi ciapan ini juga, Syada turut mendedahkan yang kakaknya itu sebelum ini pernah didera secara mental dan fizikal dan pernah dipukul sebelum diselamatkan oleh ibu bapa mereka.

image is not available

image is not available

Menjenguk di ruangan komen, ramai netizen yang tertanya-tanya kepada siapa Syada tujukan ciapannya ini. Kerana kenyataan Sharnaaz sebelum ini, ramai juga yang mengatakan gadis ini sedang ungkit kisah hitam yang pernah berlaku antara kakaknya dan pelakon lelaki tersebut.

image is not available

Pun begitu, Syada tak sebut nama sesiapa dalam ciapannya itu dan hanya membiarkan netizen berteka-teki.

Entah-entah tweet tu takde kena mengena pun dengan Shila Amzah. Ke cane?

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.