Kecoh Ada Doktor Yang Jual Suplemen & Jadi Founder Produk Kesihatan, Ini Respon Dr Amalina…

Entertainment
24 Mar 2022 • 10:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekarang ni, kalau seseorang itu mengalami batuk atau selsema je pun dah cepat-cepat ke klinik untuk berjumpa dengan doktor sebab nasihat dan juga pengambilan ubat yang disarankan itu lebih dipercayai serta terjamin.

Pun begitu, terdapat juga sebilangan kecil doktor yang mengambil kesempatan dengan menjual suplemen kepada pesakit malah ada yang turut menjadi founder kepada produk kesihatan.

Selepas kerap menjadi isu dalam bidang perubatan, baru-baru ini pakar perubatan Dr. Amalina ada memuat naik satu tweet di akaun Twitter miliknya @DrAmalinaBakri sebagai responnya kepada persoalan tersebut.

Dari tweet itu, difahamkan bahawa mana-mana doktor yang bertindak dengan menjual suplemen kepada pesakit boleh dikenakan tindakan kerana ianya telah melanggar etika perubatan dan mengalami ‘conflict of interest’ (konflik terhadap kepentingan).

“Tak apa kalau doktor bagi recommendations…”

Namun, sekiranya ada pesakit-pesakit tertentu yang bertanya kepada doktor sebagai ‘recommendation’ untuk suplemen kesihatan mana yang lebih bagus terutama bagi ibu mengandung, ianya tak mengapa kerana….

image is not available

Tambah Dr. Amalina lagi, sekira berlaku penyalahgunaan penjualan suplemen dari kalangan doktor, dia menyarankan agar orang ramai segera buat laporan kepada pihak berkuasa sebelum isu ini menjadi lebih teruk.

Haaa, kan sampai Dr. Amalina bersuara… Harapnya korang semua lebih peka lah ya dengan isu ni. Cegah sebelum terlambat okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.