Hujan lebat berserta ribut diramal melanda tiga daerah di Selangor, Kuala Lumpur

18 Mar 2022 • 9:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 MAC: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor serta Kuala Lumpur sehingga 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Perak (Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang) , Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) serta Pahang (Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi), Sarawak (Kapit, Bintulu dan Miri), Sabah (Nabawan, Tuaran, Tawau, Sandakan, Tongod, Kinabatangan) serta Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved