“Kan dah kena…” – Penganjur Ingkar SOP, Konsert Pesta Makanan Dikompaun PDRM

30 Mar 2022 • 2:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, sebuah video tular di laman TikTok dimana terdapat konsert pada sebelah malam di sebuah pesta makanan yang diadakan di Bukit Jalil.

Video tersebut memaparkan penonton konsert tersebut berpusu-pusu dan ‘menikmati’ konsert tersebut tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengumumkan, pihaknya telah mengesan video berdurasi 16 saat tersebut di aplikasi TikTok dan telah beliau juga berkata konsert tersebut telah melanggar SOP PPN Fasa 4.

“Siasatan awal mendapati, konsert yang diadakan sempena acara festival makanan itu berlangsung selama tiga hari bermula 25 Mac hingga 27 Mac 2022 di Bukit Jalil.

“Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan penganjur konsert telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Dalam kenyataan yang sama, difahamkan kompaun tersebut dikenakan kepada penganjur kerana gagal memastikan penjarakan sosial satu meter seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Organizers, take note ya!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.