Didakwa Dapat Duit ‘Haram’ Kerana Pegang Anjing, Doktor Veterinar Ini Beri Penjelasan

28 Mar 2022 • 2:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan seorang doktor veterinar tampil memberikan penjelasan setelah dikritik tidak memakai ‘gloves’ ketika merawat anjing di klinik haiwan.

Berikutan kritikan itu, pengguna Twitter @drimavet ini memberi penjelasan mengapa doktor haiwan tidak memakai sarung tangan ketika merawat haiwan yang haram disentuh oleh umat Islam seperti anjing.

Katanya dalam video TikTok yang dimuat naik di Twitter itu, adalah penting untuk mendapatkan kepercayaan anjing melalui sentuhan pakar perubatan sebelum memulakan sebarang rawatan.

Selain itu, pemeriksaan fizikal yang teliti juga dapat dilakukan dengan menggunakan tangan tanpa pemakaian ‘gloves’ berikutan fizikal mereka yang berbulu.

image is not available

Sumber : Twitter  

Kata Dr Ima lagi, ramai yang menjatuh ‘hukum’ tanpa mengetahui dan mendengar penjelasan kerana sebagai seorang doktor haiwan yang beragama Islam, dia akan sentiasa melakukan prosedur ‘sertu’ menggunakan air mutlak dan juga produk sertu yang mengandungi bahan diluluskan bagi menggantikan tanah serta sah disisi syarak.

Sehubungan dengan itu, Dr Ima berharap penjelasannya itu dapat memberi kesedaran kepada netizen di luar sana yang gemar ‘menghukum’ dan memberi andaian bahawa pekerjaa sebagai doktor haiwan adalah haram untuk muslim hanya disebabkan keperluan untuk menyentuh anjing.

image is not available 23 jam lalu

"Dah Terlambat Ke Nak 'Uninstall'?" - Netizen Risau Kalau Betul Mysejahtera Dah Dijual