“Langsung Tak Boleh Tegur, Sampai Bila Nak Berjaya?” – Nurul Zahid Balas Kecaman Netizen

31 Mar 2022 • 2:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah masuk hari kedua kes mengenai pensyarah wanita mengherdik pelajarnnya yang tidak mempunyai wang untuk membeli komputer riba menjadi bualan ramai di serata platform media sosial.

Akibat viral sekelip mata, perkara ini telah mendapat perhatian ramai, malah anak kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid turut memberi pandangannya, dimana beliau merasakan ia bukanlah salah pensyarah itu.

Selepas menyuarakan pandangnya di Instagram, Nurulhidayah teruk dikecam netizen hingga libatkan hal-hal politik.

Tidak mendiamkan diri, wanita tersebut membalas kecaman netizen dengan memuat naik sebuah status di Insta Story seakan kecewa dengan respon yang diterima dari orang ramai, dimana dia anggap sangat biadap.

Lihat pada status terbabit, beliau berkata jika seseorang itu ingin berkata-berkata, perlulah dipenuhi dengan fakta, bukannya berkata-kata sambil mengikut emosi.

image is not available

Sumber : IG Story 

Dalam pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan sikap netizen yang sering kali play victim dan merasakan seseorang tidak akan berjaya jika mempunyai sikap seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Semua Nak Letak Kat 'Socmed'" - Isu Pensyarah Hina B40, Nurul Zahid Sokong Tindakan Pensyarah