Google Maps direncatkan di Ukraine, tapi anda jangan gembira sangat

Technology
1 Mar 2022 • 10:46 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengendali Google Maps mengesahkan yang pihak mereka telah mematikan beberapa fungsi dalam aplikasi tersebut buat pengguna yang berada dalam wilayah Ukraine atas sebab-sebab keselamatan.

Antara fungsi yang dimatikan adalah maklumat trafik masa nyata seperti tahap kesibukan sesuatu lokasi. Ia mungkin bagi menghalang pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas info ini dalam merangka serangan.

image is not available
Di Google Maps, anda boleh periksa tahap kesibukan sesuatu lokasi

Facebook pula ada cerita tersendiri. Dulu kami ada laporkan tentang seorang whistleblower yang mendedahkan kepincangan dalam Facebook. Dalam satu temu ramah, Facebook didakwa mengeksploitasi emosi pengguna dengan cara tidak elok terutamanya sewaktu Pilihan Raya Presiden 2018 apabila Facebook mengutamakan utusan yang mencetuskan klik walaupun utusan tersebut mengandungi maklumat tidak sahih dan sengaja ingin mengapi-apikan sesetengah pihak.

Hari ini Google mungkin berada di pihak "baik" tapi hari-hari mendatang kita tak tahu. Cuba anda bayangkan senario bila Google berada di pihak "jahat" dan mereka matikan fungsi-fungsi penting seperti navigasi, komunikasi, dan sebagainya untuk merencatkan aktiviti golongan yang ingin diserang.

Kita baru bercakap tentang 1 entiti. Selain Google, ada banyak lagi servis awan yang kita bergantung harap untuk komunikasi seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter, dan macam-macam lagi. Takkan kita perlu berdoa untuk sentiasa berada di pihak korporasi gergasi ini berada?

Sumber: Reuters