Rekaan Huawei Nova 9 SE Tertiris Dan Akan Dilengkapi Kamera 108MP

TechnologyDigital
3 Mar 2022 • 8:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hari ini rekaan Huawei Nova 9 SE telah tertiris menerusi laman WinFuture. Ini pastinya peranti baharu yang diacah pelancarannya oleh Huawei Malaysia semalam. Peranti ini dilengkapi skrin 6.78″ LCD, dijana cip Snapdragon 665 dan mempunyai kamera sebesar 108MP.

image is not available

Rekaan peranti pula adalah sama dengan Nova 9 yang dilancarkan tahun lalu. Bonggol kamera berbentuk bujur dengan tri-kamera dapat dilihat. Di hadapan pula kamera diletakkan di bawah dalam sebuah lubang kamera. Secara keseluruhan Nova 9 SE mempunyai spesifikasi pemproses yang lebih rendah berbanding Nova 9 yang dilengkapi Snapdragon 778 4G.

Sejak dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat, Huawei tidak lagi boleh menggunakan cip Kirin rekan sendiri. Penggunaan cip Snapdragon 665 yang dilancarkan pada tahun 2019 adalah agak mengecewakan dan lebih tragis mengesahkan Nova 9 SE juga tidak akan menyokong rangkaian 5G. Spesifikasi penuh peranti akan diketahui apabila peranti dilancarkan kelak.