Fasa endemik: Orang ramai diingat jangan lalai, kekal patuh SOP

31 Mar 2022 • 11:14 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Orang ramai diingatkan untuk tidak lalai dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara bakal memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula esok.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dalam fasa itu, orang ramai masih perlu terus memakai pelitup muka serta mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek – Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan) untuk mencegah dan mengawal penularan COVID-19.

Beliau berkata bagi memastikan mereka dan anak-anak dilindungi, pengambilan vaksin COVID-19 adalah digalakkan.

“Esok kita masuk fasa peralihan ke endemik. Gelombang Omicron terkawal. Angka Rt negara 0.88. Sistem kesihatan awam cukup kapasiti. But let’s not let our guard down (Tapi jangan biarkan kawalan kita lemah,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob awal bulan ini mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April (Jumaat).

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved