“Sampai paras atas pintu” – Netizen Terkejut Tengok Selut Tinggi Akibat Banjir Teruk Di Terengganu

Entertainment
7 Mar 2022 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak minggu lalu, memang cuaca tak menentu di seluruh Malaysia malah hujan lebat tanpa henti telah melanda beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur sehingga menyebabkan banjir teruk.

Baru-baru ini, banjir mula surut dan kebanyakan mangsa banjir yang terlibat juga telah pulang ke rumah mereka untuk memulakan proses pembersihan akibat kerosakan yang berpunca dari air deras.

Walau bagaimanapun, satu perkongsian yang dibuat menerusi akaun Twitter milik @pedoqpop, menunjukkan keadaan terkini rumah milik beberapa mangsa banjir di Terengganu selepas dilanda musibah tersebut pada minggu lalu.

Ini kerana, kebanyakan mereka terpaksa berputih mata apabila rumah mereka dinaiki selut tinggi sehingga ke paras atas pintu menyebabkan sukar untuk masuk malah barang-barang mereka juga tidak dapat diselamatkan.

“Nangis tengok weh”

Perkongsian tersebut telah menyebabkan ramai yang terkejut dan tidak menyangkakan bahawa banjir yang melanda negeri tersebut mengakibatkan kerosakan yang teruk. Malah, turut ada yang kesal kerana tidak dapat menghulurkan bantuan.

“Kalau nak sampai atap macam ni kira dah tertimbus la kan? image is not available” – Komen netizen

image is not available

Selut atau lumpur terhasil disebabkan oleh pasir atau tanah yang terlampau banyak dan bercampur dengan air. Ekoran itu, turut ada yang meminta agar bantuan segera diberikan kepada keluarga yang terlibat.

Harapnya semua urusan membaikpulih dimudahkan ya! Cuaca memang tak menentu kebelakangan ni. Semua jaga diri baik-baik okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.