Konsep Lensa Segi Empat Tepat Untuk Meningkat Kualiti Kamera Telefon Pintar Diperlihatkan

TechnologyDigital
28 Mar 2022 • 3:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kualiti kamera telefon pintar sudah banyak meningkat sejak diperkenalkan lebih dua dekad yang lalu. Ia cukup baik untuk digunakan dalam penghasilan filem dan kini ditawarkan dengan pelbagai ciri sinematik. Tetapi hakikatnya ia masih belum setanding kamera profesional sebenar kerana halangan teknologi lensa dan sensor.

image is not available

Glass Imaging sebuah syarikat tunas rintis ingin meningkatkan kualiti kamera telefon pintar dengan menggunakan lensa anamorfik berbentuk segi empat tepat. Menerusi teknologi ini sensor yang lebih besar tetapi memanjang digunakan kerana mustahil untuk menggunakan sensor empat segi yang besar kerana ia memerlukan lensa berbentuk bulat yang lebih besar.

image is not available

Menerusi teknologi lensa anamorfik yang besar, imej kemudiannya akan ditangkap oleh sensor yang lebar dengan saiz yang lebih besar jika dibandingkan dengan sensor yang digunakan pada iPhone 13. Imej yang lonjong ini kemudiannya diubah semula ke nisbah sebenar menggunakan perisian.

image is not available

Dalam ujian yang dilakukan oleh Glass Imaging, kualiti gambar yang terhasil memang jelas lebih terang serta tajam. Namun begitu terdapat kekurangan di mana sistem lensa anamorfik ini tidak menyokong zum digital atau mempunyai sistem memfokus sepantas sistem sedia ada.