Penagih tegar dipenjara 5 tahun

31 Mar 2022 • 1:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil dadah secara berulang.

Mohd Han Khushairi Mohammad Han Abdullah mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, kepada pertuduhan terhadapnya.

Mohd Han didapati mengambil dadah itu pada 17 Mac lalu selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis Papar.

Dia mempunyai beberapa rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.

Kesalahan di bawah Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohd Han diperintah menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara itu.

Sementara itu, lima lelaki masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Remal Husin, Pajir Pirasah, Niko Idris, Karno Aukasa dan Dannie Lumawan Diaz mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz kerana memasuki negeri itu tanpa dokumen sah mereka.

Kesemua pendatang tanpa izin itu ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Mereka meminta dihantar balik ke negara asal masing-masing secepat mungkin.

Selepas selesai hukuman penjara, kesemua mereka diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.