Pelajar daripada keluarga terjejas pendapatan dibantu

29 Mar 2022 • 5:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

POKOK SENA - 50 pelajar daripada keluarga terjejas pendapatan akibat Covid-19 dan B40 menerima sumbangan beg sekolah menerusi Program Kembali Ke Sekolah 2022 di Pusat Aktiviti Kanak-kanak daerah Pokok Sena, Keda Kampung Bukit, dekat sini.

Menurut Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor, pemilihan pelajar dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pokok Sena dan sumbangan pula dilakukan pihaknya.

"Program Sumbangan Kembali Ke Sekolah 2022 adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga kepada 50 kanak-kanak yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

image is not available

"Kami mengharapkan sumbangan ini mampu membantu dan menceriakan kanak-kanak yang terpilih ini bagi meneruskan sesi persekolahan baharu," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Salim Mahmood Al-Hafiz dan hadir sama Pengurus Econsave cawangan Pokok Sena, B Devanathan.