Piala FA: Perlis United singkirkan PDRM FC di Cheras

Football
24 Mar 2022 • 7:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PASUKAN Liga M3, Perlis United mencipta sensasi apabila menewaskan kelab Liga Premier, PDRM FC 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.

The Cops kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail yang tampil sebagai pasukan pilihan terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan menerusi sepakan percuma Azrizan Ahmad pada minit ke-26.

Tuan rumah yang tersentak kembali memperkemaskan permainan hampir menyamakan kedudukan, namun sepakan penalti penyerang import dari Kyrgyzstan, Mirbek Akhmataliev dinafikan penjaga gol Hairol Fazreen Hassan.

Pelawat yang kembali bersemangat selepas itu menggandakan asakan berjaya melebarkan jaringan menerusi jaringan Mohamad Faizal Kadir minit ke-96 untuk kedudukan 2-0.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved