Seluruh England: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir

18 Mar 2022 • 12:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BEREGU wanita negara Pearly Tan-M Thinaah mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2022 selepas menewaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi pada Khamis.

Ini adalah suku akhir kedua gandingan negara itu selepas melakukannya pada penampilan sulung mereka tahun lepas.

Gandingan di ranking ke-15 dunia itu bermula agak goyah apabila tewas di set pertama 18-21 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Arena Birmingham.

Bagaimanapun, mereka bangkit menguasai set kedua dengan menang 21-19 untuk mengheret ke perlawanan penentuan sebelum menamatkan 75 minit perlawanan dengan menang set ketiga 21-16.

Di atas kertas, Pearly-Thinaah sepatutnya boleh mara ke separuh akhir memandangkan mereka akan berdepan pasangan ranking ke-64 dunia Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan yang menewaskan beregu Thailand Supissara Paewsampran-Puttita Supajirakul 19-21, 21-13, 21-13.

Sementara itu, nasib berbeza buat beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi apabila dikejutkan oleh pasangan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.

Pilihan kelapan kejohanan yang menduduki ranking ke-11 dunia itu tewas 22-24, 21-13, 17-21 kepada pasangan di ranking ke-28. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved