[VIDEO] Lelaki Positif Covid Print Kadbod Besar, Tak Nak Terlepas ‘Group Photo’ Wedding Kawan

Entertainment
9 Mar 2022 • 6:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang yang buat wedding masa tengah pandemik ni mesti fahamkan yang kadang-kadang tu ramai tak boleh datang sebab close contact atau pun positif.

Disebabkan ini, kenalah redha je bila tetamu yang datang tak seramai yang diharapkan. Ye lah, kadang-kadang tu kawan kita memang nak sangat datang tapi tulah…

Sama juga macam kes yang tengah viral dekat TikTok sekarang bila seorang lelaki kena kuarantin akibat positif Covid-19 sampai tak boleh nak datang wedding kawannya.

Tapi disebabkan dia tak nak terlepas group photo, dia tetap datang juga ke majlis perkahwinan rakannya. Tapi jangan silap, dia tak bahayakan orang lain pun sebab dia mintak kawan dia bawak gambar yang dia dah print dekat kadbod sebesar manusia! Hahaha kreatif betul

@adzrifsidek

Senang kerja photographer, tak payah photoshop image is not availableimage is not available

♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat pengantin lelaki turut komen video yang dimuat naik oleh jurugambar ni. Katanya, dia hanya minta rakannya itu print gambar bersaiz A3, sekali…

Wedding saya ni image is not availableimage is not available. Mula2 saya mintak member print A3 ja sebab nak kasi ada sekali dalam gambar. Elok dia pulak gi print human scale image is not available

“Effort betul”

Rata-rata netizen yang melihat video ni memang berdekah habis dengan idea lelaki ni. Sampaikan ada orang dapat idea kalau pasangan dorang tiba-tiba positif masa hari perkahwinan, boleh je ganti pakai kadbod. Shopee pun puji ni!

image is not available

Hahahaha min tengok pun berdekah ni. Nasib baik kawan-kawan dia sporting nak usung dia ke sana-sini masa wedding tu.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.