Tidak Rasmi, BN Mendahului 43 Kerusi

Politics
12 Mar 2022 • 8:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor bagi memantau proses kiraan undi PRN Johor. - Gambar Alif Omar

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) dilaporkan telah mendahului di 43 buah kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat 7.48 petang tadi.

Antaranya adalah N42 Johor Jaya, N19 Yong Peng, N15 Maharani, N18 Sri Medan, N24 Senggarang dan N50 Bukit Permai. 

Pada masa sama, BN juga turut mendahului di N51 Bukit Batu, , N53 Benut, N54 Pulai Sebatang, N55 Pekan Nanas, N56 Kukup, N25 Rengit, N26 Machap dan N27 Layang-Layang.

Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di N12 Bentayan, N21 Parit Yaani, N23 Penggaram, N28 Mengkib, N46 Perling dan N52 Senai, manakala PKR mendahului di N17 Semerah. 

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) mendahului di tiga kerusi iaitu N02 Jementah, N35 Pasir Raja dan N44 Larkin manakala manakala MUDA sedang mendahului di N5 Tenang.

Kerusi N7 Bukit Kepong menyaksikan saingan sengit antara BN dan PN selepas  11 saluran dikira. 

PN di DUN tersebut setakat ini mendahului dengan 987 undi, BN (920), MUDA (371) PEJUANG (29). - Getaran, 12 Mac 2022.