BN Menang 40 Kerusi, Lebih Dua Pertiga Majoriti

Politics
13 Mar 2022 • 1:38 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Abdul Ghani Salleh - Gambar Bernama

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.

"Keputusan penuh PRN Johor adalah seperti berikut, Barisan Nasional (BN) 40 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi, manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi," kata Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata bilangan pengundi yang keluar mengundi pada PRN Johor kali ini adalah 1,426,573 orang atau 54.92 peratus yang terdiri daripada pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, tengah malam ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved