Atlet pelayaran Khairulnizam julang Piala Eropah

22 Mar 2022 • 7:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PELAYAR negara Khairulnizam Mohd Afendy muncul juara Piala Eropah EurlLCA 2022 di Port de Pollenca, Sepanyol, Ahad lepas.

Pelayar dari Selangor berumur 28 tahun itu menjulang trofi acara laser lelaki ILCA7 dengan mengumpul 12 mata bersih menerusi tujuh daripada lapan perlumbaan yang dijadualkan, menurut laman web kejohanan https://eurilca.org.

Pelayar Argentina Agustín Vidal meraih tempat kedua dan menamatkan kejohanan dengan satu mata mendahului juara Bawah-21 Gonzalo Suarez yang mewakili kelab Sepanyol Nautico Altea, selepas lapan perlumbaan.

Awal bulan ini, Khairulnizam, yang beraksi di Olimpik London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020, membawa pulang pingat perak di Kejohanan Pelayaran Asia di Abu Dhabi. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved