Haiqal sandaran kuartet 4x100m

10 Mar 2022 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PEMILIHAN pelari pecut, Muhammad Haiqal Hanafi untuk beraksi dalam acara 4x100 meter (m) pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam Mei depan dilihat mampu memberikan 'pulangan terbaik' kepada kuartet lelaki negara.

Malah, ketua jurulatih skuad olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil berkata, ‘Raja Pecut Asia Tenggara’ itu kini sedang dipersiapkan bagi mengharungi cabaran dalam acara tersebut.

“Bagi saya, pemilihan Haiqal bagi acara 4x100m akan memberikan impak positif kepada skuad olahraga terutamanya kuartet negara kerana ia dijangka mampu menyumbang kilauan pingat.

“Haiqal dipilih untuk beraksi dalam itu selepas penilaian yang dibuat pihak jawatankuasa pemilihan. Jadi pemilihannya itu dibuat dengan telus dan dia juga telah membuktikan kemampuannya pada Terbuka Malaysia Ahad lalu.

“Saya percaya Haiqal mampu membuktikan pemilihannya dalam acara 4x100m di Hanoi nanti tepat. Selain Haiqal, barisan pelari lain juga mampu membuktikan kemampuan masing-masing,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

image is not available

Pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil Ahad lalu, Haiqal yang mewakili Negeri Sembilan mengungguli acara 100m dengan catatan 10.58 saat (s).

Bagaimanapun, catatan itu masih jauh ketinggalan dengan had kelayakan minimum ke Hanoi iaitu 10.52s - catatan pemenang gangsa edisi terakhir Sukan SEA di Manila pada 2019.

Sebagai rekod, Haiqal merakamkan masa 10.35s ketika memenangi acara riben biru itu di Manila, sekali gus mempertahankan status 'Raja Pecut Asia Tenggara' yang dimenangi Khairul Hafiz Jantan pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Manshahar berkata, 'pertukaran' acara daripada 100m kepada 4x100m tidak memberikan banyak masalah kepada Haiqal bagi membarisi kuartet negara di Hanoi nanti.

“Seperti yang saya telah katakan, kita sedang mempersiapkan Haiqal dalam acara 4x100m. Saya percaya ia akan beri kesan yang baik bagi membantu skuad olahraga untuk meraih pingat,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved