[VIDEO] 'Pengeluaran khas KWSP RM10,000 adalah perjuangan UMNO'

Politics
19 Mar 2022 • 7:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Cadangan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang akan dilaksanakan bulan depan adalah hasil perjuangan UMNO, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, sebenarnya pengumuman itu sudah dibincangkan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

“Sepanjang Perhimpunan Agung UMNO ini, saya menerima ucapan tahniah dan terima kasih daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua-Ketua Sayap serta para perwakilan terhadap pengumuman pengeluaran khas KWSP.

“Sebenarnya pengumuman ini telah saya bincangkan bersama Presiden parti sebelum pengumuman calon PRN Johor yang lalu.

“Namun, saya pilih untuk mengumumkannya pada waktu dan ketika yang sesuai kerana sepanjang musim PRN Johor ramai pihak melakukan pusingan U,” katanya ketika penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di sini pada Sabtu.

Justeru katanya, mana-mana pihak diingatkan supaya jangan cuba menangguk di air keruh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved