Sony Malaysia Membuka Pra-Tempahan “Walkman” Terbaru Pada Harga RM14,999

TechnologyDigital
19 Mar 2022 • 10:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sony telah pun memperkenalkan peranti audio mereka dibawah jenama “Walkman” pada bulan Februari lepas, dan kini ia telah pun boleh dipra-tempah oleh pengguna tempatan yang berminat.

Dua model yang ditawarkan adalah Sony Walkman NW-WM1ZM2 dan Sony Walkman NW-WM1AM2.

image is not available

Kedua-duanya hadir dengan fokus terhadap pengemar audio. Sony Walkman NW-WM1ZM2 mengguakan rekaan dengan rangka yang diperbuat daripada Oxygen-Free Copper (OFC) dengan kejituan 99.99% yang disalut dengan emas. Sementara, Sony Walkman NW-WM1AM2 pula hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aluminum.

image is not available

Kedua-duanya hadir dengan teknologi amplifier digital S-Master HX, kapasitor FT CAP3, selain waaayar yang membantu dalam penghantaaran isyarat elektrik ke palam audio dengan cekap, disamping kawalan bekalan kuasa secara terbina.

Kedua-dua Walkman ini juga hadir dengan sokongan codec audio DSEE Ultimate dan High-Res Audio yang menjanjikan kualiti audio yang terbaik.

Sony Walkman NW-WM1ZM2 hadir dengan storan sebesar 256GB, dan Sony Walkman NW-WM1AM2 pula dengan storan 128GB.

image is not available

Kedua-duanya boleh dipra-tempah sehingga 10 April 2022 kelak. Sony Walkman NW-WM1ZM2 dijual pada harga RM14999, dan Sony Walkman NW-WM1AM2 pada harga RM5499.