ATLAS Vending Memperkenalkan Mesin Layan Diri Mesra Pengguna Kerusi Roda Di Malaysia

TechnologyDigital
3 Mar 2022 • 3:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Warga OKU tidak memerlukan belas kasihan dari orang ramai. Apa yang mereka perlukan hanya prasarana yang boleh membantu memudahkan kehidupan seharian mereka. Satu alatan yang mungkin ramai tidak sedari tidak mesra OKU ialah mesin layan diri kerana tidak boleh diakses pengguna berkerusi roda. ATLAS Vending dengan kerjasama OKU Central telah mula memperkenalkan mesin layan diri mesra OKU di Malaysia.

image is not available

Mesin layan diri ini lebih rendah dengan butang pilihan diletakkan pada ketinggian di antara 65-95 cm dari permukaan lantai. Tempat memasukkan duit siling pula pada ketinggian 60 cm dan lubang baki duit pula pada ketinggian 26 cm yang juga lebih besar. Pada waktu ini mesin layan diri mesra OKU berkerusi roda diletakkan di rangkaian Hospital KPJ, Pusat Daya Klang dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi.

Sebelum ini ATLAS Vending turut memperkenalkan mesin layan diri dengan tulisan Braille di stesen LRT khusus untuk golongan OKU penglihatan.