#TahukahAnda Maksud Pandemik, Epidemik dan Endemik?

Opinion
23 Mar 2022 • 9:00 AM MYT
Saya Zuan
Saya Zuan

An avid toy collector who enjoys making videos, writing and travelling.

Image from: #TahukahAnda Maksud Pandemik, Epidemik dan Endemik?

Semenjak dua tahun yang lepas, kita sering mendengar perkataan pandemik yang dikaitkan dengan virus Covid-19. Mungkin ada diantara kita yang sudah faham apakah istilah pandemik dari segi perubatan tetapi bagaimana dengan yang lain? Selain itu, adakah anda tahu apakah maksud epidemik dan endemik pula? Kalau ada di antara pembaca yang tak berapa faham maksud ketiga-tiga istilah di atas, izinkan saya terangkan maksudnya dibawah.

  • Pandemik

Istilah pandemik bermaksud sejenis wabak yang menyerang suatu komuniti di dalam sebuah negara atau peringkat global dalam skala yang besar. Wabak ini mungkin bermula dari suatu daerah namun ia cepat merebak dan tanpa kawalan ia boleh merebak sehingga satu dunia.

Namun, sekiranya suatu wabak itu menyerang suatu daerah atau suatu negara sahaja dan ia dapat dikawal dengan cepat, maka wabak tersebut tidak dipanggil pandemik. Disini kita dapat lihat bahawa suatu wabak atau penyakit dikategorikan sebagai pandemik apabila ia merebak keluar dari suatu kawasan ke kawasan lain dan apabila ia tidak dapat dikawal.

Kalau berdasarkan sejarah, wabak-wabak yang dikategorikan sebagai pandemik adalah seperti Wabak Athens (430 SM), Wabak Antonine (165-180 M), Wabak Justinian (541-750M), Influenza Selsema Sepanyol (1918-1919), Influenza H1N1 (2009) dan Covid-19 (2020-kini).

  • Epidemik

Istilah epidemik pula merujuk kepada sejenis penyakit berjangkit yang mudah merebak kepada penduduk di suatu kawasan pada waktu yang sama. Cara lain untuk faham ialah ia merupakan suatu wabak dimana bilangan kes orang yang terjangkit melebihi bilangan kes pada waktu biasa. Selalunya epidemik ini adalah wabak yang melanda suatu kawasan atau daerah tanpa menjejaskan daerah lain.

Contoh epidemik berdasarkan sejarah adalah seperti Wabak Demam Kepialu, Wabak Virus Nipah yang pernah melanda Negeri Sembilan pada tahun 1999 dan Wabak Polio di Sabah (2019).

Istilah endemik pula adalah suatu wabak atau penyakit yang sentiasa wujud di suatu kawasan atau daerah. Ia juga boleh merangkumi kawasan yang lebih besar atau dalam peringkat global. Endemik bermaksud suatu penyakit yang akan sentiasa ada di kawasan tersebut tetapi kadar jangkitan (atau kematian) adalah dalam kadar stabil atau rendah.

Contoh wabak endemik adalah seperti penyakit Malaria yang melanda beberapa kawasan di benua Afrika seperti Congo, Madagascar, dan Peru. Di Malaysia, Denggi merupakan sejenis penyakit kategori endemik.

Endemik

Perbezaan di antara ketiga-tiga istilah pandemik, epidemik, dan endemik adalah penting kerana hanya selepas pihak berkuasa memahami situasi kesihatan atau penyakit di dalam suatu negara atau secara global, barulah pihak berkenaan boleh mengambil langkah proaktif dalam menentukan strategi pencegahan dan kawalan yang perlu diambil. Pada masa yang sama, komuniti juga memainkan peranan dalam memahami dan mengikuti langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan pihak berkuasa agar strategi pencegahan tersebut berkesan.


Saya Zuan adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.