
Tidak dapat dinafikan, rakyat Malaysia amat suka dengan makanan. Apa sahaja yang viral mesti mahu dicuba. Malah, makanan juga merupakan salah satu perkara yang dapat mengeratkan lagi keakraban diantara rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini.
Bagaimanapun, kita dapat lihat trend dalam makanan yang dijual dari masa ke semasa dan kebelakangan ini terdapat banyak makanan yang disajikan dengan sos keju. Tidak kiralah makanan bergoreng ataupun makanan seperti burger dan steak.
Makanan ringan seperti keropok lekor dan roti nan juga diletakkan sos keju!
Buat makanan nampak mahal tetapi…
Sebuah perkongsian daripada Public Health Malaysia menyatakan sos keju ‘leleh’ ini sebenarnya mempunyai pelbagai keburukkan dan ia menyumbang kepada masalah kesihatan.
Kegilaan rakyat Malaysia kepada cecair keju ini bermula dari menu KFC cheesy wedges yang telah di perkenal sekian…
Posted by Public Health Malaysia on Tuesday, March 22, 2022
Jika diikutkan, keju sebenarnya mempunyai banyak kebaikan kerana ia merupakan sumber protein yang baik dan mengandungi kalsium yang tinggi.
Sebaliknya, sos keju ini sebenarnya mengandungi bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa tiruan, garam, gula dan Maltodextrin.
Apa itu Maltodextrin?

Maltodextrin ialah serbuk putih yang tidak berperisa dan larut dalam air. Ia adalah bahan tambahan dalam pelbagai jenis makanan, kerana ia boleh meningkatkan tekstur, rasa dan jangka hayat sesuatu bahan makanan.
Maltodextrin ini biasanya dibuat daripada bahan makanan berkanji, termasuk jagung, kentang, gandum, ubi kayu atau beras. Walaupun serbuk itu berasal dari produk semulajadi, ia kemudiannya menjalani pemprosesan sehingga boleh menghilangkan kebaikan semulajadi bahan tersebut.
Bahan ini juga menjadi pemekat dalam makanan berkuah ataupun sos.
Sangat bahaya terutamanya untuk mereka yang berpenyakit
Bahan ini mengandungi glycemic index (GI) yang cukup tinggi, selepas anda makan makanan yang mengandungi bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.
Pastinya makanan seperti ini ternyata tidak sesuai untuk pesakit kencing manis, malah individu yang sihat, pengambilan makanan ini meningkatkan risiko kencing manis di masa hadapan.
Untuk kanak-kanak pula, sos keju ini juga boleh menyebabkan kegemukan serta obesiti dan ia akan menganggu pembesaran serta kecergasan kanak-kanak. Mereka akan menjadi lebih cepat letih dan lesu.
Jaga pemakanan anda ok?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



![“Bertuah betul ni” – [VIDEO] Pemilik Kedai Hadiahkan Adik Ni RM50 Lepas Roti Canai ‘Mendarat’ Atas Kepala](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)