“Boleh tak suka tapi jangan menghina”- Netizen Kutuk Perangai Individu ‘Face Shaming’ Gadis Ini

Entertainment
1 Mar 2022 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perbuatan menghina dan merendah-rendahkan orang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk. Tidak kira sama ada secara bersemuka ataupun melalui media sosial sekalipun, ia boleh dikira sebagai buli.

Antara isu yang menjadi perhatian ramai masa kini ialah ‘body shaming’ dan ‘face shaming’. Sesiapa sahaja takkan terlepas dengan isu ini. Tak kira lah orang tu cantik atau tak, kurus atau tak, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Ada je yang tak kena. Tapi sebenarnya, orang-orang macam ni lah yang selalunya menjadi toksik dalam masyarakat.

Seperti isu yang tular baru-baru ini berkenaan seorang gadis dari negara seberang, Indonesia. Dia telah menjadi mangsa ‘face shaming’ di media sosial TikToknya akibat mukanya yang terlihat unik.

Gadis asal etnik Buton ini mempunyai keunikan mata berwarna biru dan sedikit rambut putih di bahagian depan menyebabkan ada individu yang menghinanya dengan mengatakan mukanya seperti anjing.

Videonya itu telah mendapat perhatian warga Twitter sehingga ramai yang bengang dan mengutuk perbuatan ‘face shaming’ individu berkenaan.

image is not available

image is not available

Gadis bernama Rhemisyeli berumur 18 tahun ini sebenarnya menghidap Sindrom Waardenburg yang menyebabkan salah satu masalah seperti hilang tahap pendengaran kongenital dan kurang pigmentasi yang mengakibatkan mata menjadi biru terang (satu mata biru atau satu mata coklat), atau tompok kulit dan rambut cerah.

Hanya kerana fizikalnya yang unik, sampai macam tu sekali dia dihina. Korang kat luar sana jangan lah biasakan habit macam ni. Semua ciptaan Tuhan itu cantik dan ada keistimewaannya…

Sumber: Twitter & TikTok

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article