KJ Seru Rakyat Pujuk Ibu Bapa Ambil Booster Menjelang Ramadan

17 Mar 2022 • 5:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi umat Islam, tentu dah ramai yang tak sabar untuk menanti ketibaan bulan Ramadan lebih-lebih lagi tahun ni banyak kelonggaran telah dibuat oleh kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dibuat.

Ekoran ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah menasihati warga emas untuk mengambil vaksinasi Covid-19 dan dos penggalak bagi melindungi diri.

Lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan pasti ramai yang mahu ke masjid bagi menunaikan solat sunat Tarawih.

Mesej ini juga sangat penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak kemana2 sekarang. Tapi tiba Ramadhan mereka akan beramai-ramai pergi solat terawikh. Elok top up perlindungan mereka dengan booster. Kita ikhtiar & tawakkal ke Allah.”

Selain itu, Khairy turut menunjukkan statistik warga emas yang tidak mengambil vaksin dan booster sangat berisiko tinggi untuk meninggal dunia akibat Covid-19.

Malah semalam sahaja sebanyak 105 kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan sejak seminggu yang lalu dan majoriti adalah golongan warga emas yang tidak divaksin atau menerima dos penggalak.

Ini adalah realiti apa yang berlaku sekarang. Bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia.”

Khairy turut menekankan pengambilan booster ini bakal memberi perlindungan kepada warga emas menjelang Ramadan dan Syawal nanti apabila mereka ingin pergi berterawih, membeli belah di bazar Ramadan atau mengunjungi sanak saudara.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.